Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz.
Sy ingin bertanya pasal Jamak,Qasar dan solat tamam.
1) Jikalau sudah sampai ke destinasi yg bermastautin, adakah masih boleh kita jamak/qasar di tempat tersebut walaupun sudah sampai di hotel/rumah?
2) Bolehkah ustaz jelaskan sedikit berserta contoh yang mudah untuk difahami pasal solat Jamak dan Qasar?
3) Solat tamam ni macam Solat jamak ke Ustaz? Ape itu solat tamam? Perbuatan ini dari Mazhab lain ke Ustaz?
Terima kasih ustaz atas masa yg diluangkan untuk menjawab soalan sy.
Jazakallah khair
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Soalan Pertama:
Salah satu syarat sah untuk membolehkan seseorang menjamak dan mengqasarkan solat ialah apabila dia berada dalam keadaan musafir yang diharuskan oleh syarak. Seseorang yang telah sampai ke tempat mastautin atau bermukim tidak lagi dibenarkan menjamak atau mengqasarkan solat.
Tempat mastautin ialah tempat menetap secara kekal dan tidak berpindah kecuali jika berpindah ke mastautin baharu. Manakala tempat bermukim ialah tempat tinggal sementara melebihi tiga (3) hari tidak termasuk hari tiba dan hari pulang serta tidak berniat menetap di situ selama-lamanya.
Justeru, jika seseorang telah sampai ke rumah tetapnya, atau menginap di hotel melebihi tempoh tiga (3) hari seperti yang dinyatakan, maka dia tidak lagi boleh menjamak atau mengqasarkan solat.
Soalan Kedua:
Soalan Ketiga:
Solat tamam atau disebut juga sebagai solat itmam ialah solat yang dikerjakan secara sempurna mengikut bilangan rakaat asalnya tanpa dipendekkan. Contohnya, solat Zuhur dilaksanakan sebanyak empat rakaat, solat Maghrib tiga rakaat dan solat Subuh dua rakaat, sebagaimana biasa.
Dalam mazhab al-Syafi‘i, seseorang yang bermusafir tetapi berniat menetap di sesuatu tempat melebihi tiga hari (tidak termasuk hari tiba dan hari keluar) hendaklah mengerjakan solat secara tamam dan tidak dibenarkan memendekkan solat (qasar). Solat tamam ini bukanlah amalan khusus mazhab lain, sebaliknya ia turut diiktiraf dalam mazhab al-Syafi‘i dan mazhab-mazhab muktabar yang lain dengan perincian hukum masing-masing.
Sekian, terima kasih.