BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya berkahwin dengan suami, seorang duda. Sebelum mengikat tali pertunangan dan berkahwin, suami pernah meyakinkan saya yang dia telah melupakan bekas isteri. Setelah berkahwin dengannya saya menjumpai mesejnya dengan bekas isteri yang menyatakan cintanya dan mengajak bekas isteri untuk rujuk semula. Mesej dihantar sebelum kami bertunang dan semasa kami bertunang. Sebelum kami bertunang dan berkahwin saya telah melakukan istikharah dan hati saya berat kepadanya tetapi sekarang saya berasa tertipu dan tertekan dengan perbuatannya. Adakah saya berdosa jika meminta diceraikan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah berdosa dan haram hukumnya seorang isteri meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan oleh syarak. Sedangkan suaminya masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Hadis yang diriwayatkan oleh Thauban, bahawa Rasulullah SAW bersabda: أيما امرأة سألت زوجها طلاقاً من غير بأس فحرام عليها رائحة الجنة Maksudnya : “Mana-mana wanita yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan, maka diharamkan ke atasnya bau syurga” (Riwayat al-Tirmizi) Sebagai isteri, sebaiknya puan dapatkan penjelasan suami berkenaan mesej-mesej yang dijumpai untuk kepastian. Oleh kerana ia berlaku sebelum perkahwinan, pasangan suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan keharmonian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 151

message user image