BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Bekas isteri suami kawan saya menghantar gambar lama mereka bercumbuan/aksi mesra kepada suaminya, apa hukumnya? Adakah berdosa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Perkahwinan merupakan ikatan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dengan wanita ajnabi. Apabila ikatan tersebut terputus sama ada melalui talak, fasakh, atau sebagainya dan si isteri sudah melalui tempoh idah jika ada, maka tiada lagi hubungan suami isteri antara mereka. Dengan itu, muamalah antara mereka adalah sama seperti muamalah lelaki dengan wanita ajnabi dengan perlu menjaga batasan yang telah diterangkan oleh syarak.

Dalam konteks situasi  di atas, seorang wanita atau lelaki tidak boleh menghantar gambar lama mereka bercumbuan atau aksi mesra kepada bekas pasangannya kerana hukumnya adalah haram dan berdosa. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image