BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan,

Saya nk bertanya mengenai kepastian mengenai darah haid.

Saya baru lepas bersalin anak sulung 20/12/24. 11/4/25 kali pertama saya datang haid tapi dlm kuantiti doting sahaja berwarna merah. 

11/4/25 - hari pertama haid sampai 15/4/25

16/4/25-21/4/25 - tiada darah, dah bersuci dan solat seperti biasa

22/4/25-24/4/25 - ada balik darah sedikit berwarna merah

25/4/25-27/4/25 - tiada darah, dah bersuci dan solat seperti biasa

28/4/25 sehingga harini 29/4/25 - keluar darah seperti haid biasa dalam kuantiti yg banyak, berwarna merah dan hanyir.

Minta pencerahan tuan macam mana mengenai pengiraan darah haid & istihadah.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sekurang-kurang tempoh haid adalah sehari semalam atau 24 jam, manakala sebanyak-banyak haid adalah 15 hari 15 malam. Antara ciri-ciri istihadhah adalah keluar darah sebanyak dua kali yang diselangi masa suci yang kurang daripada 15 hari. Merujuk kepada persoalan:

11/4/2025-15/4/2025 - 4 hari merupakan darah haid kerana darah yang keluar menepati syarat asas haid iaitu darah sehari semalam atau 24 jam. 

16/4/2025-21/4/2025 - 6 hari dihukumkan sebagai naqa’ (darah berhenti) iaitu apabila dimasukkan kapas ke dalam faraj dan tidak kelihatan pada kapas tersebut kesan darah dan diyakini darah telah berhenti. Apabila diyakini telah berhenti darah, hendaklah mandi wajib dan menunaikan solat seperti biasa. 

22/4/2024-24/4/2025 - 3 hari dihukumkan sebagai haid, iaitu darah keluar semula masih dalam tempoh maksimum haid. 

25/4/2025 -27/4/2025 - 3 hari darah telah berhenti menunjukkan bermulanya tempoh suci.

28/4/2025-4/5/2025 - 6 hari darah keluar semula (merujuk kepada panggilan telefon) dihukumkan sebagai istihadhah bagi menyempurnakan bagi suci.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 54

message user image