BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, adakah jatuh talak sekiranya seorang suami berkata kepada isterinya "Semasa kita bertunang tu kalau saya tau perangai awak, mesti kita dah putus tunang". Suaminya tiada niat untuk menjatuhkan talak. Terima kasih tuan.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ayat yang dikatakan oleh suami iaitu: "Semasa kita bertunang tu kalau saya tau perangai awak, mesti kita dah putus tunang", merupakan suatu kenyataan bersifat andaian masa lampau. Ia bukanlah lafaz yang menunjukkan perpisahan yang boleh membawa kepada maksud penceraian secara kinayah (kiasan).

Tambahan pula suami tidak berniat untuk menjatuhkan talak, maka talak tidak berlaku. Dinasihatkan agar suami berhati-hati dalam percakapan pada masa-masa akan datang agar tiada ungkapan yang boleh menyebabkan jatuh talak tanpa disedari. Boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal pernikahan, perceraian dan rujuk untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 86

message user image