BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya bertanya bagi pihak pak mertua saya. Kami dapati bahawa beliau mempunyai unsur " nyanyuk" lebih kurang setahun yang lalu. Baru- baru anak2 tiri beliau telah menghalau beliau keluar dari rumah isteri yang tinggal bersama anak dan cucu. Sekarang pak mertua saya tinggal bersama anak bongsunya setelah dihalau keluar dari rumah menantu anak tiri beliau.

Adakah di boleh kan pak mertua saya untuk fail kan penceraian atas alasan isterinya nusyus seperti di bawah?

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; ( Dengan alasan untuk menjaga cucu )

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; (menghalau dan tidak ingin menjaga suami kerana nyanyuk dan anak2 nya tidak membenarkan pak mertua untuk tinggal bersama)

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. ( Tidak setuju untuk tinggal bersama anak tiri iaitu anak bongsu suaminya)

 

Mohon pencerahan.

Wassalam

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bapa mertua puan boleh untuk menuntut sebarang tuntutan di Mahkamah Syariah sama ada fasakh atau perceraian biasa asalkan tuntutan tersebut mempunyai sebab dan alasan yang munasabah pada hukum syarak. Setiap tuntutan yang dibuat tersebut terutamanya fasakh hendaklah mempunyai bukti yang kukuh sama ada melalui apa-apa rekod atau laporan polis atau keterangan saksi-saksi yang menyokong tuntutan tersebut.

Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan isteri bapa mertua boleh dianggap sebagai nusyuz. Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti di dalam urusan nikah kahwin seperti pengesahan penceraian, tuntutan fasakh serta penentuan nusyuz atau tidak adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Disarankan agar tuntutan dibuat di Mahkamah Syariah terdekat.  

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 78

message user image