Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin bertanya tentang hukum memakan makanan dari kitchen hotel. Saya bekerja di sebuah hotel di bahagian tempahan, saya ada seorang rakan yang amat suka meminta-minta makanan dari pihak kitchen untuk diri nya sendiri. Makanan itu bukan lah lebihan makanan yang disediakn untuk tetamu tetapi makanan baru yang disediakan khas untuk dia sebab dia minta dari staff kitchen. Maksudnya, dia mintak staff kitchen ni untuk masakkan dia spaghetti. Kadang-kadang dia mintak bahagian pantry untuk bancuhkan dia air coklat atau coffee. Staff hotel tidak dibenarkan makan makanan dan minuman selain yang disediakan di staff cafeteria. Kadang-kadang dia akan mintak dari pihak pastry untuk makan kek. Jadi, saya nak tahu apakah hukum atau status makanan/minuman yg telah rakan saya ini consume selama ini. Saya ada menegur beliau dengan mengatakan apa yg dia makan/minum itu bukan sahaja tidak dibenarkan oleh hotel malah dari segi Islam jugak tidak dibenarkan. Saya hanya mahu sahih kan adakah kenyataan saya kepada rakan saya ini betul. Saya tidak mahu dia terus-terusan makan/minum benda2 yang haram kerana tiada kebenaran dari pihak hotel. Saya harap Tuan dapat menjelaskan dengan terperinci tentang kemusykilan saya ini. Terima kasih..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, mengambil atau memakan sesuatu yang bukan hak milik kita dan tanpa izin pemiliknya hukumnya adalah haram. Ini kerana pihak hotel telah melarang kakitangannya untuk makan dan minum selain daripada makanan di cafeteria. Kakitangan tersebut perlu bertaubat dan berterus terang kepada pihak pengurusan hotel. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 :
Maksudnya : " Dan jangan kamu makan harta-harta kamu di antara kamu dengan cara batil (haram).."
Sekian, terima kasih.