Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya bekerja di kedai sparepart kereta .setiap pagi boss saya pasang colok atau Setanggi Cina.. asapnya meninggalkan bau ke atas pakaian yg saya pakai...
Soalan saya adalah, adakah kita harus mandi dahulu sebelum mengambil wuduk untuk solat atau hanya menukar pakaian dan baru mengambil wuduk untuk solat?
Jawapan
Setanggi terdiri daripada bahan biotik harum yang membebaskan asap sewangi apabila dibakar begitu juga colok sejenis gaharu yang dibakar.
Asap colok tidak membatalkan wuduk atau solat dan tidak dikategorikan sebagai najis.
Namun begitu, mandi untuk menghilangkan bau asap pada badan dan baju amatlah digalakkan dalam konteks sentiasa membersihkan diri.
Ini berdasarkan hadith:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.
(Riwayat al-Tirmizi)
Sekian, terima kasih.