BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Bolehkah daging aqiqah dibeli siap tersedia dibungkus sejuk beku seperti di pasaraya? Tetapi dgn jumlah berat dan harga seperti seekor atau 2 ekor kambing. Bolehkah daging tersebut diniatkan untuk ibadah aqiqah anak dan disedekahkan kepada fakir miskin atau jiran tetangga?


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, pelaksanaan aqiqah mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi supaya ia sah dan berpahala sebagai ibadah.

Aqiqah hanya sah jika ia dilakukan melalui penyembelihan haiwan ternakan yang halal (seperti kambing atau biri-biri) yang cukup umur dan tidak cacat, dengan niat aqiqah dilafazkan pada waktu sembelihan. Membeli daging kambing siap dibungkus sejuk beku di pasaraya meskipun jumlah berat dan harganya menyamai seekor atau dua ekor kambing tidak sah dijadikan aqiqah kerana niat aqiqah tidak dibuat ketika sembelihan dan sembelihan tersebut bukan khusus untuk aqiqah anak, ia hanya menjadi sedekah biasa, bukan aqiqah.

Kesimpulannya, membeli daging siap beku untuk “diniatkan sebagai aqiqah” tidak menepati rukun ibadah aqiqah; cara yang sah ialah memastikan penyembelihan dibuat khas untuk aqiqah anak dengan niat ketika sembelihan, kemudian barulah daging itu diagihkan mengikut keutamaan yang disyariatkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 54

message user image