BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Saya ada pertanyaan berkenaan faraid situasinya seperti berikut :

Sebuah rumah mempunyai 2 nama dalam perjanjian jual beli (1/2 bahagian A dan 1/2 bahagian B),  Rumah tersebut telah dibeli melalui pinjaman bank RM100,000.00.

pembayaran balik telah dibuat oleh A sebanyak 15% sahaja dari pinjaman itu. Selebihnya 85% telah dibayar oleh B sehingga selesai pinjaman tersebut. 

A telah meninggal dunia pada 2005 dan pada ketika itu waris yang ada adalah : isteri, 4 anak lelaki dan 1 perempuan. 

Soalannya adalah:

1. saya jelas bahawa 1/2 bahagian A perlu difaraid kan, namun bagaimana dengan pembayaran pinjaman oleh B yang telah membayar melebihi dari harga bahagian A? adalah waris A perlu membayar kembali 35% lebihan pinjaman tersebut kepada B?

2. adakah 35% itu harus la di tolak sebelum difaraid kan?

3. jika isteri A telah meninggal pada 2016, bahagian faraid isteri A haruslah di bahagi kepada anak-anak nya iaitu 4 anak lelaki dan 1 perempuan?

4. adakah hutang-hutang A yang lain haris di selesaikan semasa membuat Faraid?

5. adakah boleh di terima jika A menyatakan rumah tesebut akan jadi milik anak lelaki sulong selepas dia meninggal?

sekian Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, secara dasarnya, pemilikan rumah tersebut adalah milik si A dan B sebanyak 1/2 bahagian masing-masing. Walau bagaimanapun, jika pembayaran perumahan tersebut dibayar oleh si B sebanyak 35% daripada 1/2 bahagian si A dan telah dipersetujui oleh si A, maka baki 15% bahagian si A sahaja yang perlu dibahagi secara faraid kepada waris-waris kematian si A.

Manakala, baki pinjaman hutang sebanyak 15% si A pula perlu dilangsaikan menggunakan harta pusaka si A. Adapun si B yakni isteri si A meninggal dunia dan meninggalkan waris yang sama atas kematian si A, maka rumah tersebut boleh terus dibahagikan kepada waris-waris si A dan B (anak-anak lelaki dan perempuan si mati) tanpa mengira hutang 35% itu tadi.

Segala hutang si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid dilaksanakan. Hutang tersebut merangkumi hutang kepada Allah seperti fidyah puasa dan ibadah haji (sekiranya belum ditunaikan), serta hutang sesama manusia yang masih tertunggak. Selebihnya barulah difaraidkan dalam kalangan ahli waris.

Merujuk kepada soalan terakhir berkaitan hasrat si A untuk memberi rumah kepada anak sulung tidak terpakai melainkan melalui hibah semasa hidup atau persetujuan waris selepas kematian.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan pembahagian faraid sila rujuk Baitulmal Majlis Agama Islam berhampiran tempat tinggal untuk mendapatkan nasihat dan panduan lebih lanjut.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image