BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wr Wb

 

Ustaz

 

Semoga Ustaz di dalam rahmat Allah swt senantiasa.

Kemusykilan saya:

Teman saya A bernikah dengan B menjadi isteri kedua.  B sudah beristeri dan mempunyai 3 orang anak lelaki.  Teman saya mendapat 2 anak lelaki bersama B.  Selepas kematian B, teman saya A bernikah dengan seorang lelaki C.  Apakah anak-anak lelaki arwah B yang 3 orang masih menjadi mahram kepada A selepas A bernikah dengan C?

 

Terimakasih Ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Semoga puan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Berdasarkan gambaran soalan yang diberikan, apabila teman puan A bernikah dengan B, maka 3 orang anak lelaki B menjadi anak tiri kepada A. Maka, 3 orang anak lelaki itu menjadi mahram muabbad kepada A disebabkan perkahwinan. Oleh itu, mereka kekal menjadi mahram kepada A walaupun A kemudiannya bernikah dengan lelaki lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 70

message user image