BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya masbuk asar pada rakaat kedua, terbangun ketika tahiyat awal ketika imam tahiyat awal. Saya terus berdiri tunggu imam habis tahiyat tanpa turun semula ikut imam. Sebab saya tak tahu nak buat apa.

Selepas imam habis, saya sambung solat utk selesaikan rakaat keempat. Selepas tahiyat akhir saya terus sujud sahwi dan salam.

Sah x solat saya x ikut imam tahiyat awal?

Perlu ulang solat? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan saudara, seseorang yang ingin menjadi makmum wajib mengetahui bahawa apabila dia menjadi makmum di belakang seorang imam, maka dia hendaklah mengikut perbuatan imam tersebut. Ini berdasarkan hadis riwayat Aisyah R.Anha bahawa sabda Rasulullah S.A.W.:

إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ، فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ، فَارْفَعُو

Maksudnya: “Dijadikan imam adalah untuk diikuti.  Jika dia rukuk maka hendaklah kalian rukuk, jika dia i`tidal maka hendaklah kalian i`tidal.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, tidak boleh bagi seorang makmum itu solat mendahului imam dan solatnya dikira tidak sah kerana syarat sah solat berjemaah adalah mengikut setiap pergerakan imam. Namun, sekiranya tidak disengajakan misalnya suara imam terlalu perlahan sehingga makmum tidak ketahui kedudukan solat imam, maka ia dimaafkan. Kesimpulannya, solat tersebut sah dan tidak perlu diulang. Cuma sebagai panduan selepas ini, berhati-hati dan sentiasa perhatikan gerakan imam.

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image