BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya melarang isteri daripada berhubung dengan kawan nya dan saya melafazkan jika dia berhubung, jatuhlah talak satu. Tetapi apabila saya sudah tahu apa sebab dia berhubung, baru saya sedar yang saya sudah salah faham. Jika selepas ini dia berhubung dengan izin saya, jatuh ke talak itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, merujuk kepada lafaz “jika dia berhubung jatuhlah talak satu” jika berlaku perkara yang dilafazkan itu maka jatuh talak satu. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya kes ini dirujuk terus kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk tindakan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 81

message user image