BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berkenaan status halal satu produk susu dari luar negara iaitu Straus Milk. Saya ternampak iklan produk ini dan berminat untuk mencubanya. Berdasarkan maklumat di laman web rasmi, produk ini berstatus organic, gluten-free, dan mempunyai pensijilan Kosher, tetapi tiada pensijilan halal yang dinyatakan.

Soalan saya: Adakah susu ini boleh diminum oleh umat Islam walaupun tiada sijil halal?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ، وإنَّ الحَرامَ بَيِّنٌ، وإنَّ بَيْنَ الحَلالِ والحَرامِ مُشتَبِهاتٍ، فمَن ترَكها استَبْرأ لدِينِهِ وعِرضِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah (kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. (Riwayat al-Bukhari)

Selain itu, kita dituntut untuk memilih makanan yang memenuhi dua kriteria halal dan baik, hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik

Berdasarkan dalil di atas, ada baiknya puan merujuk terlebih dahulu dengan pihak berwajib yang mengeluarkan sijil HALAL di Malaysia, sekiranya wujud keraguan berkenaan status susu ini, maka ada baiknya tinggalkan kerana masih banyak pilihan susu yang organik dan halal untuk diminum.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image