Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya tentang hukum pembelian berkaitan dengan konsep blind box atau blind buy. Contohnya, jika seseorang ingin membeli satu set makanan yang mengandungi elemen kejutan, seperti tahap kepedasan yang berbeza. Pelanggan membayar harga yang sama, tetapi sebagai cabaran atau kejutan, mereka mungkin mendapat ayam goreng yang kurang pedas, pedas, atau sangat pedas (extra pedas). Tetapi pelanggan akan diberitahu sebelum membeli. Adakah hukum jual beli seperti ini dikira harus atau haram?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut mazhab Shafi'iyyah bahawa terdapat rukun-rukun jual beli iaitu:
Tambahan pula, di dalam barang jualan perlu ada khiyar (pilihan) kepada pembeli. Justeru, jual beli seperti ini tidak diharuskan kerana mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep jualan yang diketengahkan menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiyar (pilihan).
Sekian, terima kasih.