BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Skandal rakan sekerja di pejabat di antara suami orang dan isteri orang. Apakah cara untuk menghindarkan gejala yang tidak sihat ini? Dan adakah lebih baik kiranya untuk terus memberitahu berkenaan hal sebenar kepada pasangan masing2?...dan apakah hukumya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Islam melarang tindakan seseorang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ خَبَّبَ زَوْجَةَ امْرِئٍ أَوْ مَمْلُوكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang atau terhadap hamba yang orang itu miliki maka dia bukan daripada kalangan kami.

Hadis riwayat Abu Daud (5170). Berkata Syeikh Syu`aib al-Arnaut: “Isnadnya sahih”.

Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Siddiq RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خِبٌّ وَلاَ مَنَّانٌ وَلاَ بَخِيلٌ

Maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang melakukan takhbib (tipu daya), mannan (pengungkit sedekah atau pemberian), dan bakhil (orang yang kedekut).

Hadis riwayat al-Tirmidzi (1963). Beliau berkata: “Hadis ini hasan gharib.”

Imam Abu al-Ala al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi (6/83-84) dalam mensyarahkan hadis ini menyatakan ‘tidak masuk syurga’ bererti dilambatkan masuk syurga. Khibbun atau khabbun bererti penipu yang merosakkan hubungan sesama manusia dengan penipuannya.

Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan kepada larangan melakukan perbuatan yang merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan yang terdiri daripada suami isteri. 

Adapun faktor berlaku gejalan skandal di perjabat terutamanya antara suami orang dengan isteri orang adalah kerana tidak menjaga batasan pergaulan antara lelaki dengan wanita ajnabi. Perkongsian berkenaan masalah peribadi atau masalah rumahtangga kepada pihak berlainan jantina yang bukan mahram merupakan wasilah kepada berlaku kegiatan tersebut. Begitu juga sekiranya keluar berdua-duaan walaupun hanya dengan alasan kerja sekiranya tiada keperluan yang mendesak.

Antara cara untuk mencegah perbuatan ini adalah dengan menasihati kedua-dua individu yang terlibat terlebih dahulu supaya terdapat usaha untuk merasionalkan mereka semula. Jika ia tidak berkesan, barulah diberitahu kepada pasangan masing-masing kerana mudarat dan kesannya adalah besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 78

message user image