BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Saya menetap di kajang. Saya akan berkursus di banting selama 3 hari 2 malam dan menginap di banting selama tempoh tersebut. Namun begitu jarak perjalanan dari rumah  ke tempat berkursus hanya sekitar 60Km. Adakah dibolehkan untuk menunaikan solat secara jamak qasar.

Minta pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, antara syarat solat jamak & qasar bagi musafir adalah perjalanan tidak kurang dua marhalah (81 kilometer) bagi perjalanan sehala. Oleh kerana jarak dari Kajang ke Banting hanya sekitar 60 km, tuan  tidak tergolong sebagai musafir untuk tujuan jamak atau qasar. Justeru, solat hendaklah dilaksanakan secara lengkap dan tidak dijamak atau diqasar sepanjang tempoh kursus walaupun menginap di Banting.

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 47

message user image