BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 
 

Nak bertanya. Jika suami menegluarkan kata-kata seperti di bawah semasa  berlaku perbalahan suami isteri .. Adakah dikira jatuh talak?

1) Kau bukan anggap aku suami kau kan

2) Aku bukan suami kau pon

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan yang diajukan, lafaz yang diberikan oleh suami merupakan lafaz kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menuturkan perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak, maka talak boleh berlaku. Namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku. 

Puan juga boleh merujuk perkara ini ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah dan Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mendapat pengesahan sebagai pihak yang berbidang kuasa membuat pengesahan penceraian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 95

message user image