BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asslammualaikum.. Saya mahu bertanya soalan mengenai talak.

Situasi berlaku anggaran 2-3 tahun lepas dimana saya tidak berpengetahuan mengenai hal ini pada 2-3 tahun lepas.

Pada 2-3 tahun lepas saya pasti ada mengucapkan perkataan talak. tetapi saya tidak pasti adakah perkataan saya jelas atau tidak jelas seperti "sebagai contoh aku ce_aikan isteriku " ataupun " "aku ce_aikan isteriku" . saya tidak pasti perkataan saya ada mengungkapkan kata contoh atau tidak. situasi tersebut adalah semasa saya bersendirian di dalam kereta.. pada masa itu niat di hati hanya ingin mencuba melafaz perkataan tersebut tanpa berniat cerai. 

Kini, saya tidak pasti apakah perkataan sebenar yang saya ungkapkan pada masa 2-3 tahun lepas..

Tambahan lagi, pada masa tersebut saya tidak berpengetahuan dan hanya berpendapat bahawa talak hanya boleh terjatuh jika saya mengungkapkan pekataan tersebut jika didengari oleh isteri.

Syak dan keraguan saya mulai timbul pada masa kini kerana baru berpengetahuan bahawa talak boleh berlaku walaupun suami dalam keadaan berseorangan melafazkan perkataan tersebut. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Islam tidak menetapkan sesuatu hukum berdasarkan rasa syak, ragu-ragu, sangkaan atau tidak pasti. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. 

Begitu juga kaedah fiqh yang mengatakan:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak (keraguan).

Oleh itu, seandainya seseorang itu tidak pasti dan ragu-ragu apakah lafaz yang diucapkan 2, 3 tahun lalu, maka ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan perkahwinan.

Walau bagaimanapun, tuan bolehlah merujuk ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah terdekat di tempat tinggal tuan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 126

message user image