BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz saya nak bertanya soalan mengenai talak.Situasinya bergini saya bergaduh dengan suami mengenai curang Dan saya berkata kepada suami kalau kantoi lagi nk buat apa Dan suami jawab berpisah tetapi suami saya berkata masa dia sebut berpisah tu Tanpa niat Dan spontan jawapan tu keluar Dari mulut suami saya Dan soalan saya adakah kalau betul berlaku kantoi lagi jatuh talak kepada saya atau tidak.Perlu ka saya kena pergi ke pejabat agama untuk membuat pengesahan.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jawapan suami kepada soalan yang diberikan oleh isteri adalah janji, iaitu jika berlaku curang suami akan berpisah dengan isteri. Ucapan itu bukanlah lafaz cerai dan bukan juga taklik talak.

Jika suami berlaku curang lagi, maka terserah kepada suami sama ada hendak menunaikan janjinya iaitu berpisah atau menceraikan isterinya dengan melafazkan talak kepada isteri. Atau dia membatalkan janji tersebut.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, puan boleh rujuk kepada Unit Undang-Undang Keluarga Islam di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 74

message user image