BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya pernah bercerai dengan isteri, didalam iddah saya hanya melafazkan "kita rujuk semula ye"adakah sah rujuk saya itu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, rujuk adalah hak suami dan tidak memerlukan kepada persetujuan atau keizinan daripada isteri. Rujuk tetap sah walaupun tanpa kerelaan isteri.

Dalam mazhab Syafi'i rujuk perlu dilakukan dengan lafaz, dan tidak memadai dengan perbuatan. Lafaz tersebut hendaklah sesuatu yang menunjukkan suami rujuk atau kembali sebagai suami isteri, seperti: "aku rujuk engkau".

Manakala ucapan yang ditanyakan: "kita rujuk semula ye" adalah berbentuk soalan, pujukan atau cadangan suami kepada isteri, dan tidak menunjukkan tindakan suami merujuk isteri.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 65

message user image