Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Kalau emak dah meninggal tapi ayah masih hidup perlu ke faraid barang kemas peninggal mak tu..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan dan fakta kes yang diterima melalui panggilan telefon, barang kemas peninggalan arwah emak merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak iaitu suami kepada si mati (ayah) dan anak-anak kepada si mati yang terdiri daripada 1 anak lelaki dan 6 anak perempuan (adik-beradik).
Sekian, terima kasih.