BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalam..saya mohon bertanya..

Ada pembeli rumah yang mengisytiharkan dirinya bujang (sedangkan dia sudah berkahwin) semata mata untuk mendapatkan kelulusan pembelian rumah mampu milik..adakah dengan perakuan tersebut dikira jatuh talak? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

1. Seseorang suami yang membuat pengakuan sebagai bujang sedangkan dia mempunyai isteri, maka pengakuan bujang itu termasuk dalam lafaz kiasan atau kinayah, sekiranya ketika melafazkan perkataan bujang itu suami berniat menceraikan isterinya, maka ia boleh membawa kepada jatuh talak. Namun sekiranya ketika melafazkan perkataan tersebut suami tidak berniat apa-apa, maka talak tidaklah jatuh. 

2. Adapun perbuatan lelaki itu yang berbohong atau membuat kenyataan palsu dengan mengisytiharkan dirinya bujang adalah merupakan perbuatan dosa kerana menipu, maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT dan mengembalikan apa-apa hak orang lain sekiranya penipuan itu melibatkan hak atau kepunyaan orang lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 64

message user image