BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukumnya sesorang muslim itu menyimpan kuku panjang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukumnya makruh bagi seseorang muslim yang menyimpan kuku panjang kerana telah meninggalkan perkara yang sunat. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: الفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الفِطْرَةِ : الخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ. Maksudnya : “Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah : Berkhatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun perempuan), mencabut buku ketiak, memotong kuku dan menggunting misai”. (Riwayat al-Bukhari) Dengan memotong kuku, ia melambangkan kebersihan dan kekemasan seorang muslim. Bukan sahaja pada penampilan, ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image