BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti, saya nak tanya. Saya solat di atas karpet rumah. selepas selesai solat dan beberapa jam berlalu, abang saya kata anaknya (bayi umur 3 minggu) ada kencingnya atas karpet saya solat tu. Tapi waktu saya solat, saya yakin tempat tu bersih dan memang tak nampak sebarang tanda tanda najis (bau,warna,rasa). Jadi apakah status solat saya, perlu di qadha ke? terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, keyakinan sebelum solat bahawa ketiadaan najis setelah dipastikan tiada bau, rasa atau warna menjadikan solat yang dilaksanakan adalah sah walaupun diberitahu akan kewujudan najis pada tempat solat setelah itu. Perkara ini kembali kepada kaedah fiqh yang menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).

Justeru, solat yang dilaksanakan adalah sah dan tidak perlu diqada’.

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 49

message user image