BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Soalan saya berkenaan talak. Saya & isteri pernah bertengkar beberapa kali sebelum ini mengenai habit saya menonton porno. Saya mengaku perbuatan ini salah dan ingin berubah. Namun saya kerap gagal dan menyebabkan isteri saya rasa tidak dihormati. Setiap kali bertengkar isteri minta untuk cerai. Baru-baru ini terjadi lagi dan isteri minta untuk berpisah. Saya katakan pada dia melalui WS untuk beri peluang terakhir dan sekiranya saya melakukannnya lagi, saya akan lepaskan dia. Niat asal saya bukanlah untuk bercerai tapi untuk jadikan itu sebagai motivasi untuk saya terus berhenti melakukan perbuatan ini dan meredakan ketegangan waktu itu. Selang 2 hari saya masih lagi lalukan perbuatan itu. Soalan saya adakah jatuh talak terhadap isteri dan dimana saya boleh dapatkan nasihat untuk atasi habit buruk saya ini. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan yang ditaip menerusi aplikasi Whatsapp berbunyi : "sekiranya saya melakukannnya lagi, saya akan lepaskan dia" boleh dikategorikan sebagai perkhabaran/makluman dari suami, iaitu sekiranya suami melakukan lagi perbuatan tersebut, maka suami akan melepaskan isteri.  

Justeru, ayat yang ditaip itu tidak menyebabkan jatuh talak ke atas isteri.

Adalah disyorkan bagi mengatasi habit buruk tersebut, saudara boleh mengalih perhatian ke aktiviti lain seperti bersukan atau melakukan aktiviti outdoor: berkebun, memancing dan seumpamanya. Jika suka menonton, alihkan perhatian kepada menonton perkara yang bermanfaat seperti rancangan makanan, motivasi, ceramah dan seumpamanya. Perkara itu perlu ada dorongan dalam diri sendiri juga untuk berubah kearah yang lebih baik sebagai ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak kelak. Bila urusan seharian disibukkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, saudara tidak akan terdorong untuk kembali ke habit buruk. Jika terlalu banyak masa lapang, maka terdedahlah dengan habit tersebut.  

Disamping itu sudah tentulah solat 5 waktu wajib ditunaikan, berzikir, membaca al-Quran juga turut dijadikan rutin dalam rumahtangga dan sentiasalah berdoa mohon keampunan kepada Allah SWT dan mohon diberi kekuatan untuk berubah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 60

message user image