Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan tentang najis. Ada satu keadaan saya lap sesuatu bernajis dengan satu kain, kemudian kain yang sama yang belum dibersihkan telah digunakan oleh keluarga saya untuk lap kipas berdiri (stand fan) dirumah. Adakah angin daripada kipas tersebut boleh menjadi najis?
Terima kasih
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, angin yang bertiup dari kipas tersebut tidak menyebabkan permukaan atau sesuatu yang terkena angin tersebut menjadikan permukaan atau sesuatu itu bernajis.
Sekian, terima kasih.