BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamulaikum 

Saya nak tanya macam mana kalau saya dah submit permohonan berkahwin dan DAH DAPAT KELULUSAN UNTUK NIKAH DI SINGAPORE. masalahnya mula-mula saya guna adik lelaki saya sebagai wali sebab bapa saya dah menniggal dunia. Sekarang saya nak tukar kepada WALI WAKALAH dan ambil tandatangan ustaz dan 2org saksi DI MALAYSIA, Perlu ke saya pergi semula untuk submit pertukaran wali ke pejabat agama?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari :

Wali saudari boleh membuat wakalah wali samada di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan kariah Masjid di mana wali itu tinggal atau boleh juga membuat wakalah wali di hadapan Pendaftar Perkahwinan di Pejabat Agam Islam Daerah yang berhampiran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 104

message user image