Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wrt Ustaz, saya ada kemusykilan berkenaan jamak dan qasar.
a. Saya tinggal sepenuh masa di Subang Jaya (mastautin) dan saya juga ada rumah di Ipoh tapi pulang sekali sekala (kadang2 3 bulan sekali)
b. Baru baru ini saya balik ke Ipoh untuk 6 hari (bertolak dari KL selepas Maghrib hari ahad).
c. Disebabkan saya bermukim di Ipoh selama 6 hari, saya solat seperti biasa.
d. Walau bagaimana pun, pada hari selasa pagi (sebelum Zohor), saya telah ke Pulau Pinang untuk menziarahi orang sakit. Perjalanan ini tidak dirancang. Saya pulang hari yang sama sebelum Maghrib.
Soalannya
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Secara asasnya, permusafiran yang diharuskan jamak dan qasar adalah bagi perjalanan yang melebihi 2 marhalah (81 KM). Harus jamak dan qasar di satu-satu tempat dengan syarat tidak berniat bermukim lebih daripada 3 hari tidak termasuk hari pergi dan hari pulang. Dalam situasi ini, tuan bermastautin di Subang Jaya dan telah bermusafir ke Ipoh selama enam hari, maka kedudukan tuan ketika berada di Ipoh adalah sebagai bermukim dan bukan dikira musafir. Justeru solat perlu dilaksanakan secara sempurna mengikut bilangan rakaat asal.
Namun, apabila tuan keluar dari Ipoh menuju ke Pulau Pinang pada pagi selasa yang diketahui jaraknya melebihi dua marhalah, maka hukum musafir terpakai dan tuan dibenarkan mengerjakan solat secara jamak dan qasar sepanjang berada di Pulau Pinang serta ketika dalam perjalanan pergi dan pulang pada hari tersebut. Setelah kembali ke Ipoh pada hari yang sama, status tuan kembali sebagai bermukim kerana tempoh tinggal di Ipoh tidak berubah iaitu masih berniat menetap sekurang-kurangnya tiga hari penuh tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat. Maka dalam hal ini, tuan tidak lagi dibolehkan mengerjakan solat secara jamak atau qasar.
Sekian, terima kasih.