BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, 1) Ketika membeli rumah, kebiasaannya orang akan memohon jumlah pinjaman yang lebih dari bank dengan tujuan untuk digunakan sebagai pengubahsuaian rumah. (pinjaman melebihi dari harga rumah). Apakah hukumnya ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tiada halangan bagi seseorang itu untuk membuat pembiayaan melebihi harga rumah sekiranya dia mampu membuat bayaran balik sebagaimana yang ditetapkan. Pastikan pembiayaan tersebut adalah yang patuh syariah, dan tiada riba’. Sebagaimana firman Allah SWT : وأحل الله البيع وحرم الربا Maksudnya : “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba” (al-Baqarah : 275) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 156

message user image