BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya tentang solat jamak dan qasar.

Saya tinggal di Bandar Tun Hussieon Onn, Cheras
Ayah saya tinggal di Cheras Perdana, Cheras
jarak rumah kami lebih kurang 3km

Soalan saya,
Saya sering bawa ibu ayah saya untuk pergi bercuti yang melebihi 2 marhalah.
Mereka naik kereta bersama saya, saya perlu ambil dan hantar mereka.
Boleh ke saya solat jamak di rumah ayah saya setelah kami pulang bercuti?
Maksud saya, saya solat jamak di rumah ayah sebelum saya pulang ke rumah saya sendiri.


Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Kediaman tuan dan ibu bapa tuan masih dikategorikan sebagai kawasan yang sama. Oleh itu, apabila tuan pulang daripada percutian yang melebihi dua marhalah, maka status musafir tuan akan tamat sebaik sahaja tiba di kawasan kediaman sendiri atau kawasan yang dianggap sebahagian daripada tempat mastautin. Maka, setibanya di rumah ayah tuan tidak lagi berstatus musafir dan solat hendaklah dikerjakan secara sempurna tanpa jamak atau qasar.

Sekiranya ingin melakukan solat jamak, ia hendaklah dilaksanakan sebelum memasuki kawasan mastautin, contohnya di R&R atau masjid atau mana tempat yang berada dalam perjalanan pulang sebelum tiba di Cheras.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.  


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image