Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAM TUAN,SEMALAM SAYA ADA MENDENGAR PENGAJIAN PASAL TAYAMUM.MASALAH SAYA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA WUDUK YANG ADA TAMPALAN LUKA YANG MANA SAYA SEBELUM NI ADA MASALAH TAMPALAN LUKA DIANGGOTA WUDUK,JADI SAYA HANYA MENGAMBIL WUDUK TANPA BERTAYAMUM SEPERTI YANG MAZHAB SYAFIE WAJIBKAN DISEBABKAN SAYA TIDAK TAHU,ADAKAH SAYA PERLU QADA SOLAT YANG SAYA LAKUKAN SEBELUM ITU DAN BOLEHKAH SAYA MERUJUK DENGAN SALAH SATU MAZHAB 3 YANG LAIN(SAH WUDUK TANPA TAYAMUM).
SEKIAN TERIMA KASIH
Jawapan
Sekiranya anggota wuduk seperti kaki berbalut disebabkan patah atau ditampal dengan handy plus disebabkan luka, maka cara berwuduk adalah seperti berikut berdasarkan fiqh Mazhab Shafi’i;
Boleh rujuk tatacara berwuduk terbitan JAKIM seperti di pautan berikut:
Garis Panduan Bersuci Dan Bersolat Bagi Pesakit
Solat yang telah ditunaikan ketika ini tidak perlu diganti semula setelah sembuh. Perbuatan tayammum dilakukan apabila sebahagian besar anggota wuduk tidak boleh dikenakan air. Oleh itu, wuduk’ dan solat Tuan sah jika mematuhi langkah-langkah di atas.
Sekian, terima kasih