BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan pertama Sah atau tidak solat dalam keadaan menekan badan (buat keras) seolah olah menggigil TETAPI orang itu boleh mengawal perbuatan ini (bukan tabiat dan tidak sakit)

 

Soalan kedua Hukum menggigil semasa solat tetapi dia boleh mengawal untuk tidak menggigil

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1) Perbuatan menekan anggota badan adalah tidak membatalkan solat namun makruh sekiranya tanpa sebab. 

2) Menggigil ketika solat tidak membatalkan solat sekiranya ia berlaku tanpa disengajakan.

Justeru, sebaiknya solat yang berkualiti adalah dilaksanakan dalam keadaan khusyuk seperti firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 1-2:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ 

Maksudnya: Telah berjaya orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image