Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt..saya(lelaki/anak tiri) mahu bertanya dan memerlukan jawapan yang tepat tentang status ibu tiri.. soalannya ibu tiri sudah berkahwin lain setelah beberapa tahun arwah ayah meninggal, jadi status kami adakah masih mahram atau tidak ? kerana saya mempunyai adik perempuan dari ibu tiri bersama arwah ayah.. bermakna adik kandung perempuan , jadi adakah kami masih mahram (ibu tiri dan anak tiri lelaki) ? tolong pencerahannya tuan/puan terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, aurat diantara anak tiri lelaki dengan ibu tiri adalah mahram selama-lamanya. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat 23 :
Bermaksud : "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Sekian, terima kasih.