Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin dapatkan pendapat mengenai hukum bekerja dengan syarikat yang terlibat dengan sebarang kerosakan dan kemusnahan manusia seperti genocide di Gaza. Sebagai contoh, syarikat tenaga dan minyak BP atau syarikat teknologi seperti Microsoft yang menyumbang dari segi teknologi kepada genocide tersebut.
Bagaimana jika saya menerima tawaran bekerja daripada syarikat-syarikat ini?
Jawapan
Sebuah hadis daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas (Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW juga pernah melakukan muamalat atau jual beli dengan orang bukan Islam sepanjang hayat baginda. Diriwayatkan dalam satu hadis bahawa Rasulullah SAW pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang dan mencagarkan baju baginda sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Riwayat Muslim)
Hukum boikot adalah harus pada asalnya, dan ia boleh berubah menjadi wajib jika yakin bahawa duit tersebut akan digunakan untuk membantu perkara maksiat termasuk membantu pihak musuh dalam memerangi umat Islam. Oleh itu, sekiranya masih ada peluang untuk bekerja di tempat lain, maka ia digalakkan sebagai langkah solidariti atau kesatuan atas jenayah perang yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin. Namun, ia tidak membawa kepada keharaman sumber pendapatan yang diperolehi ketika ini.
Sekian, terima kasih