Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan,
PERSOALAN TENTANG IBU SUSUAN, BAPA SUSUAN DAN ANAK SUSUAN?
Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan.
2. Benarkah dalam Islam status Ibu Susuan dengan Anak Susuan ialah mahram, jika bersentuhan wudhu' tidak akan terbatal dan batas-batas aurat juga seperti Ibu Kandung dan Anak Kandung?
3. Dalam Islam terdapatkah istilah "Bapa Susuan" (Suami kepada Ibu Susuan)? Sekiranya wujud isitilah Bapa Susuan, apakah status mahram atau bukan mahram (terbatal wudhu' jika bersentuhan) dan bagaimana pula dengan batas-batas wudhu' antara Bapa Susuan dan Anak Susuan?
4. Sekiranya berlaku penceraian antara Ibu Susuan dan "Bapa Susuan", bagaimana pula status bekas "Bapa Susuan" dengan Anak Susuan (status mahram/bukan mahram dan batas-batas aurat)?
Sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan
1. Benar. Ibu susuan dan anak sususan adalah mahram.
2. Batas antara suami kepada ibu susuan dan anak susuan adalah mahram. Tidak batal wudhu' sekiranya bersentuhan.
3. Anak susuan adalah menjadi mahram muabbad (selama-lamanya) dengan suami kepada ibu susuannya. Maka, batas antara mereka adalah kekal mahram seperti di dalam no. 2 walaupun telah bercerai.
Sekian, terima kasih.