Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz.. Sy nak tnya berkenaan dgn MOVA CASHBACK..
DAFTAR SSBAGAI USER FREE
UNTUK JOIN PARTNER DIKENAKAN BAYARAN RM199 UNTUK DPTKAN AFFILiATE KOD..BILA JOIN PARTNER BARU KITA BOLEH SHARE LINK KEPADA PENGGUNA DI BAWAH SAYA.BILA DPT PENGGUNA YANG DAFTAR FREE.. SETIAP KALI MEREKA MEMBELI MEREKA DAPAT CASHBACK.. SY JUGA AKAN DPT KOMISEN DARI MOVA.. DAN BILA USER NI NAK MENDAFTAR SEBAGAI PARTNER DIA BAWAH SY.. DIA JUGA DIKENA BAYARAN RM199.. DAN MOVA AKAN BAGI KOMISEN DKT SY KERANA KENALKAN PARTNER.. ADAKAH MOVA NI MONEY GAME. ⁉️
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, MOVA partner mengenakan bayaran yuran sebanyak RM199 atau RM299 tanpa referral (perujukan pelanggan baharu). Melalui pendaftaran sebagai MOVA partner, mereka layak untuk menerima komisyen RM75 (untuk setiap individu yang mendaftar menggunakan pautan yang dikongsikan), RM35 dan RM10 untuk pendaftaran peringkat pertama dan kedua serta bonus tambahan berdasarkan jumlah ahli di bawah mereka.
Oleh itu, sebagaimana difahami, sistem yang digunakan adalah menyerupai jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (Multi Level Marketing / MLM). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada mengeluarkan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah sebagai panduan bagi pengguna atau masyarakat yang ingin terlibat dengan MLM supaya mematuhi kriteria MLM yang diharuskan serta unsur-unsur larangan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Secara umum, antara syarat yang mesti dipatuhi di dalam Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) berdasarkan Garis Panduan JAKIM:
Untuk menajdikan perniagaan dan skim ini halal dan patuh syariah, MLM mesti utamakan produk atau perkhidmatan nyata, bukan hanya fokus pada perekrutan ahli semata-mata.
Yuran pendaftaran perlu munasabah, menampung kos pengurusan atau business kit saja, kerana perniagaan tidak boleh menjana keuntungan semata dari yuran tanpa ada perniagaan yang jelas.
Adalah dinasihatkan kepada semua pengguna untuk berhati-hati dan memastikan terlebih dahulu perniagaan yang dijalankan supaya tidak terlibat dengan perkara yang dilarang Islam serta perkara yang boleh menindas mana-mana pihak.
Sekian. Terima kasih.