BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada membeli rumah 100km dari tempat saya tinggal sekarang. Selama 5 tahun memiliki rumah tersebut, saya tidak pernah mastautin di situ. Hanya digunakan untuk menziarah keluarga, temujanji dan lain2. Soalan saya, bolehkah saya melakukan solat jamak qasar ketika saya berada di rumah tersebut? 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, tuan boleh melakukan solat jamak dan qasar apabila balik ke rumah yang tuan beli tersebut. Ini kerana perjalanan tuan dari rumah yang tuan duduk ke rumah yang tuan beli berjarak 100km yang mana telah melebihi 2 marhalah iaitu 81km. Namun begitu, hukum bergantung kepada dua keadaan iaitu  jika tuan tidak berniat untuk tinggal lebih dari 3 hari tetapi tidak termasuk hari masuk & keluar maka hukumnya boleh melakukan solat qasar dan jamak sepanjang berada di situ. Akan tetapi jika tuan berniat untuk tinggal 4 hari atau lebih  maka apabila sampai ke rumah beli tersebut, hukumnya sudah jadi mukim, maka tidak boleh melakukan solat qasar dan jamak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image