Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan,
Saya ada soalan berkaitan servis pembelian kenderaan melalui bank yang dikatakan patuh syariah. Apakah hukum kita menggunakan servis tersebut? Saya agak musykil kerana ada yang mengatakan servis itu tetap dikira sebagai riba kerana terdapat interest yang dikenakan. Saya ada terjumpa servis dari bank iaitu Sewa Beli-i. Mohon penjelasan pihak tuan.
Terima kasih.
Jawapan
Kami mulakan dengan memetik sebuah hadis daripada al-Nu’man bin Basyir RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, (Riwayat al-Bukhari)
Sekiranya ia berasaskan prinsip konvensional, maka hukum melanggannya adalah haram, kecuali jika ia disusun secara patuh Syariah.
Bagi produk Sewa Beli-i atau Sewa Beli Islam, ia merupakan satu bentuk pembiayaan kenderaan secara ansuran yang menepati prinsip Syariah. Dalam kontrak ini, pihak bank terlebih dahulu memiliki kenderaan tersebut, kemudian menyewakannya kepada pelanggan dengan bayaran ansuran bulanan. Setelah semua bayaran ansuran selesai, hak milik kenderaan akan dipindahkan sepenuhnya kepada pelanggan.
Sekian, terima kasih