BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya berkerja sebagai pegawai bank dan pada bulan 3/2025 saya telah mendapat bayaran bonus sebanyak RM53,020.00. Walaubagaimanapun saya mendapati jumlah potongan zakat yg dikenakan keatas bonus saya tadi berjumlah RM10,014.75 atau sebanyak 18.88%. Menurut pengetahuan saya, kadar zakat pendapatan adalah sebanyak 2.5% sahaja. Adakah wajar potong sebanyak zakat sebanyak 18.88% dikenakan kepada saya. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.  


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian seperti bonus dikenakan zakat pendapatan padanya. Hal ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 267: 

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

Justeru, berdasarkan situasi yang tuan hadapi, kadar zakat pendapatan dikenakan hanya pada kadar sebanyak 2.5% sahaja mengikut badan atau lembaga zakat yang berautoriti. Namun begitu, tuan boleh merujuk kepada lembaga zakat di negeri tuan bagi mengetahui prosedur dan kadar yang dikenakan kepada tuan dengan lebih teliti dan tepat.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image