BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

Saya nak bertanya mengenai darah haid saya, saya mengalami haid pada 1 Ogos dan suci pada 7 Ogos. kemudian pada 19 Ogos keluar darah lagi...saya nk bertanya adakah darah 19hb ni adalah darah haid atau darah penyakit. Rupa darah pada 19hb adalah gelap dan hitam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam manakala tempoh minimum suci daripada haid adalah 15 hari. Haid pula boleh dikenalpasti melalui warna darah yang keluar seperti kehitaman, merah, kuning atau warna keruh dan berbau. Perkara ini boleh ditentukan dengan melihat kepada waktu kebiasaan haid. Sekiranya darah keluar selepas hari ke-15 (selepas 15 Ogos), maka ketika itu ia dikira istihadah kerana belum mencapai tempoh minimum suci.


Oleh itu, pada 19 Ogos tersebut darah yang keluar adalah istihadah. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image