Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, saya inginkan penjelasan, tempoh iddah sy bermula dari 23/4/2025 sehingga 23/7/2025
Dalam tempoh iddah saya telah period pad bulan 5, 19/5 yang pertama kali suci haid kedua pada 29/5
Dan seterusnya pada bulan 7
untuk makluman haid saya memang tidak pernah teratur.
Suami rujuk 18/7 dalam tempoh iddah selepas 2 hari habis haid ke tiga, lepas rujuk bersama dengan suami 19/7 masih ada haid.
apakah sah? rujuk itu
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tempoh iddah talak bagi wanita yang masih didatangi haid adalah 3 kali suci, dan tidak semestinya 3 bulan sebagaimana yang puan nyatakan. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228:
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Ini bermakna tempoh iddah akan berakhir apabila bermulanya haid yang ke tiga, jika perceraian itu berlaku ketika isteri dalam keadaan suci. Sebaliknya jika isteri diceraikan dalam keadaan haid, maka tempoh iddah akan berakhir apabila bermulanya haid yang ketiga tidak termasuk haid yang mana isteri itu berada ketika diceraikan.
Berdasarkan kenyataan yang puan berikan, bahawa suami telah rujuk puan 2 hari selepas habis haid ke tiga. Ini bermakna rujuk itu berlaku setelah tempoh iddah berakhir. Dengan andaian bahawa puan diceraikan dalam keadaan suci.
Disarankan puan rujuk perkara ini ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapatkan kepastian.
Sekian, terima kasih.