Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Soalan saya..adakah dibolehkan untuk membeli gelang emas terpakai @ lelong untuk dijadikan mas kahwin.
Mohon pencerahan.
Wasalam
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, membeli gelang emas terpakai atau lelong untuk dijadikan mas kahwin adalah harus. Ia tidak menjejaskan rukun dan syarat sah nikah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 4:
Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
Sekian, terima kasih.