BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya hendak bertanya tentang keadaan solat dan kesucian rumah saya. Sebelum ni saya onani dan tidak tahu tentang air mazi dan sebagainya dan selepas itu saya tahu tapi saya cuba berhenti dan kadang-kadang saya terjatuh semula tetapi sekarang saya tidak buat lagi. Persoalan saya disini:

1) Adakah rumah saya suci memandangkan saya sudah terpijak bahagian yang terkena air mazi dan mungkin najis itu sudah bergerak ke tempat lain?

2) Ia sudah berlaku beberapa minggu yang lalu perlukah saya membersihkan rumah kerana mungkin najis itu sudah pun terkena pada perabot dan sebagainya dan saya duduk bersama ahli keluarga saya dan ia menjadi beban untuk saya membersihkannya.

3) Adakah semua solat saya dan keluarga saya tidak sah?

Saya mohon jawapan daripada ustaz, Bantu saya ustaz. Saya takut solat saya dan ahli keluarga tidak sah. Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

1) Hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci sehingga ia yakin tempat yang terkena najis secara yakin dan bukan ragu-ragu. Hal ini dikuatkan dengan kaedah Fiqh yang berbunyi:

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya: Pada asasnya, (hukum) sesuatu itu kekal mengikut keadaan (hukum) asalnya.

Justeru, berdasarkan situasi yang puan alami, maka puan hanya perlu menyucikan tempat yang diyakini terkena air mazi tersebut dan tidak perlu menyucikan tempat lain yang tidak diyakini terkena air mazi. 

2) Air mazi dikira sebagai najis mutawassitah. Ia hanya perlu dibersihkan terlebih dahulu tempat yang terkena najis tersebut dengan dialirkan air ke tempat yang diyakini terkena najis sahaja dan dikeringkan dengan menggunakan kain bersih yang lain. Kadar jumlah penggunaan air mutlak bagi mengalirkan air pada tempat yang diyakini terkena najis adalah sekira-kira setapak tangan sepertimana hadis Nabi SAW:

عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ، قَالَ كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ ‏"‏ يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Sahl bin Hanif, ia berkata: "Saya  merasa letih dan payah kerana sering mandi disebabkan keluarnya Mazi, lalu saya adukan hal itu kepada Rasulullah  SAW, kemudian Baginda bersabda: “Cukuplah engkau dengan berwudhu”. Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Mazi yang terkena pada pakaian saya? Baginda menjawab: “Cukuplah engkau mengambil air setapak tangan, lalu engkau siramkan pada  pakaian yang terkena itu". (Riwayat al-Tirmizi)

3) Solat yang dilakukan dan dikerjakan oleh puan dan keluarga adalah sah dan tidak perlu digantikan semula pada tempat yang tidak diyakini terkena air mazi tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image