BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam,

Ayah mentua saya telah meninggal & saya ada ibu mentua tiri yang sakit. Ibu mentua tiri masih mempunyai ibu, kakak & adik kandung yang masih hidup. Ibu mentua tiri saya tidak mempunyai anak semasa berkahwin dengan arwah ayah mentua saya namun dia mempunyai anak tiri 4 org termasuk suami saya (anak arwah ayah mentua saya yang sudah meninggal). Persoalan saya, siapakah yang selayaknya menjaga ibu mentua  tiri saya yang sakit?

Terima Kasih diatas pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, tanggungjawab menjaga wanita yang telah kematian suaminya adalah kepada anak kandungnya jika ada. Jika tiada, maka berbalik kepada walinya, mahramnya dan adik-beradiknya (keluarga asalnya).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 55

message user image