Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya pergi ke kedai untuk potong rambut. Setelah potong, saya bertanya kepada suami:
"Tak ape ke saya potong pendek"
Suami menjawab:
"Ok je. Mak saya pun kalau potong rambut, dia potong pendek macam ni"
Adakah penyataan suami saya dikira sebagai zihar?
Dan apa perlu buat?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, jawapan suami iaitu : "Ok je. Mak saya pun kalau potong rambut, dia potong pendek macam ni" tidaklah dikategorikan sebagai zihar. Ayat tersebut hanya menyamakan cara potongan rambut pendek sahaja.
Sekian, terima kasih.