BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.. saya ingin bertanya kan kepada pihak tuan,

Suami saya seorang duda anak 1 hasil hubungan di luar nikah, terdahulu mereka berkhawin semasa isterinya mengandung 6bulan, setelah 5tahun hidup bersama mereka bercerai.. anak tersebut sekarang sudah berumur 19tahun.

Soalan saya ; Apakah hukum jika anak tersebut bersalam dengan saya, bagaimanakah dengan aurat saya dan bolehkah jika dalam rumah hanya tinggal kami berdua saja jika yang lain bekerja dan bersekolah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, hubungan antara anak tak sah taraf suami, dengan puan adalah bukan mahram. Justeru, haram bersalaman tanpa lapik dan batal wuduk jika bersentuhan kulit.

Puan perlu menutup aurat sebagaimana aurat dengan lelaki ajnabi dan perlu menjaga batas jika tinggal berdua semasa yang lain bekerja atau bersekolah. Maknanya, menjaga batas yang sewajarnya. Anak tersebut adalah mahram dengan ibu kandungnya dan keluarga sebelah ibunya sahaja. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 61

message user image