BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz 

sy ada kemusykilan yg x selesai di fikiran

Situasi 1

Dulu sy ada rumah, sy dah byr selama 13thn, dan ikutkan byran ansuran sy dah bt adalah sbyk 120k+, byran pinjaman bank adalah 105k, akibat kecuaian dr pegawai bank cawangan yg melambatkan surat pengeluaran kwsp, HQ telah menaikkan byran ansuran hmpir 100%, byran lwt selama 5 bulan, pelbagai rayuan dan cara sy lakukan utk mengelakkan kenaikan byran tersebut namun hampa dan sy mengalah utk rumah sy dilelong wpon ketika itu sy ada duit utk membuat byran, statement akhir adalah 88k dan sy berbincang dgn pihak bank utk buat byran penuh, namun pihak bank yg bersifat yahudi trus membuat penilaian semula dr 88k kpd 180k, sy menolak sbb sy tau itu dah ada unsur riba, slps beberapa thn bank lelong rumah sy dgn byran 240k dan masih kenakan byran sebyk 15k, debt colletor menelefon sy dan minta pengurangan dan sy perlu byr sbyk 5k shj, namun sy tidak buat byran juga. Adakah sy tetap kena menanggung hukum berhutang juga ya ustaz? Sbb sy telah mencuba sedaya upaya utk elak riba tersebut dan sy juga kehilangan rumah sy tanpa boleh membantah


Situasi ke-2 

adik sy adalah penjamin rumah sy tu, debt collector menghubungi dan minta byr baki 15k kerana nama adik sy juga sangkut, sdgkan mereka sudah bt pengurangan 5k shj utk sy, adik sy ni dah ada smuanya kereta dan rumah namun dia bertegas utk clearkan nama dia dan mengambil 15k sdgkan byran cuma 5k, duit sy diambil secara paksa dr harta pusaka bhgn sy utk menjelaskan byran tersebut tnpa kebenaran sy, apakah hukum nya ya ustaz dan bolehkah sy menuntut semula hak sy kerana sy mmg memerlukan disbbkan faktor ekonomi sy yg tidak mengizinkan bt masa skrg, sekian pertanyaan dr sy semoga spt penjelasan dr ustaz tkasih 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Situasi 1:

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 282

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).

Dan, sebagaimana Riwayat Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: 

 إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً 

Maksudnya: Sesungguhnya yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang. (Riwayat al-Bukhari)

Islam amat menitikberatkan soal pengurusan hutang, khususnya bagi mereka yang berhutang agar melunaskannya dengan sebaik mungkin. Bagi persoalan yang dikemukakan, sebaiknya pihak puan berbincang dengan pihak bank untuk menyelesaikan hutang yang masih tertanggung kerana selagi ia belum dilangsaikan, ia kekal sebagai beban kewajipan yang perlu dibayar. Antara permasalahan utama yang sering timbul ialah kurangnya perhatian peminjam dalam memahami jenis pinjaman sama ada Islamik atau konvensional, termasuk terma dan syarat yang dipersetujui, sehingga akhirnya berlaku pelanggaran dan tindakan pihak bank berada di luar kemampuan peminjam untuk melunaskannya.

Situasi 2:

Berdosa dan salah apa yang dilakukan oleh adik tuan yang mengambil hak secara berlebihan apatah lagi dari bahagian harta pusaka yang perlu diurus dengan baik melalui hukum syarak.  Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil

Sekiranya memang ada pengurangan bayaran kepada RM5,000.00 dan adik tuan mengambil RM15,000.00, maka adik tuan telah berhutang dengan tuan sebanyak RM10,000.00 dan ia perlu dilunaskan kerana telah menjadi beban hutang kepada adik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image