Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya merancang untuk bertolak dari KL ke Sungai Petani, Kedah pada Isnin tengah hari, kemudian saya bermalam di R&R Bukit Merah pada malamya. Kemudian saya menyambung perjalanan ke Sungai Petani pada keesokan hari Selasa. Selepas saya tiba, saya bermalam di Sungai petani 2 malam( Selasa dan Rabu) dan bertolak ke Alor Setar yg berjarak 50km dari Sungai Petani pada hari khamis. Selepas itu saya bermalam di Alor Setar selama 3malam(Khamis -> Ahad) dan bertolak balik pada hari Ahad. Kemudian dalam perjalanan pulang saya singgah bermalam di R&R pada malam itu. Kemudian keesokan harinya saya meneruskan perjalanan pulang. Bolehkah saya solat jamak qasar dalam tempoh tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, dibolehkan solat jamak dan qasar semasa perjalanan pergi dan balik serta tempoh berada di Sungai Petani dan Alor Setar kerana cukup syarat-syarat sah solat jamak dan qasar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.