BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum makmum solat bersendirian di belakang saf tetapi beranggapan akan ada jemaah lain datang lewat sedikit selepas takbiratul ihram? Adakah perlu mulakan saf dari sebelah kanan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan. (Hadis Riwayat Muslim)

Solat bersendirian di belakang saf adalah makruh. Disunatkan menarik makmum di saf hadapan untuk mengundur ke belakang dengan syarak makmum yang ditarik memahami hukum dan kebarangkalian akan mengundur ke belakang adalah tinggi.

Saf dimulakan dengan seorang makmum yang berada di bahagian tengah berbetulan dengan kedudukan imam, kemudian makmum lain memenuhi ruang di sebelah kanan beliau dan kiri secara bergilir sehingga penuh saf.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 48

message user image